Jan 17, 2011

Pendapatku Tentang Novel Interlok!

    Novel Interlok karya Abdullah Hussain mengandungi banyak maksud yang tersirat, dan ia juga sangat menarik. Novel ini mempunyai 3 kisah iaitu kisah Keluarga Seman, kisah Keluarga Cing Huat, kisah Keluarga Maniam. Walaupun novel ini agak tebal, tetapi ia mampu membuatkan pembaca tidak jemu dan terasa ingin membaca kisah selanjutnya.

    Setelah membaca novel Interlok karya Abdullah Hussain, saya berpendapat bahawa masyarakat  India seharusnya tidak perlu merusuh, marah dan lain-lain kerana itu menceritakan keadaan pada 40 tahun dahulu. Perkataan "Kasta paria" yang ditulis oleh penulis telah menyebabkan kemarahan masyarakat India. Pada pendapat saya, itu adalah kisah 40 tahun yang dahulu. "Kasta Paria" bermaksud golongan yang paling rendah, dan golongan inilah yang dibawa ke Malaysia kerana mereka ingin mencari wang dan untuk menyara diri/keluarga. Golongan tinggi tidak dibawa ke Malaysia kerana mereka sudah kaya dan tidak perlu bersusah payah untuk mencari sesuap nasi. Pada pendapat saya, sepatutnya masyarakat India merasa bersyukur hidup mewah, senang lenang di sini tidak seperti di negara India dimana untuk mencari sesuap nasi agak sukar. Siapa masyarakat India di sini yang mahu balik ke negara India? Saya pasti tiada sesiapa yang mahu!

    Selain itu, saya juga pelik mengapa India marah apabila menggunakan perkataan "paria", "keling" dan seumpamanya. Kenapa perlu malu atau marah, itu di India, anda sekarang berada di Malaysia. Lagipun, itu adalah asal usul masyarakat India juga. Kalau boleh, mereka hendak menghapuskan perkataan tersebut.  Ianya adalah kerana ego yang tinggi melampui bangunan pencakar langit. Janganlah ego kerana itu adalah asal usul kamu juga.

     Di dalam novel ini, penulis menceritakan kelemahan kaum Melayu, India dan Cina. Mungkin setelah membaca novel ini, anda dapat belajar apakah kelemahan kita, dan itulah kita kena jaga. Malah, ia juga akan menyemarakkan semangat perpaduan untuk menempoh dugaan yang mendatang.

     Adalah suatu penghinaan kepada penulis apabila novel-novel Interlok di kedai telah diborong dan dibakar. Selain itu, meletak kasut di gambar penulis dan membakarnya adalah satu penghinaan besar kepada penulis.

     Di sini saya ingin menekankan bahawa tidak perlu marah, merusuh dan sebagainya kerana itu adalah 40 tahun yang dahulu. Bukan sekarang. Jika kita tidak mempelajari sejarah, sejarah akan berulang. Walau benci macam mana sekalipun, ia tetap asal usul kita, sejarah keturunan kita, dan jangan mengkritik sebelum membaca novel tersebut. Juga, banyak perkara lain yang perlu dirisaukan dari novel tersebut. Saya terfikir,  mengapa orang tidak menjadikan isu2 lain yang mana agak penting dan perlu dirisaukan sebaliknya menjadikan isu ini untuk merusuh dan sebagainya.

1 comment:

  1. aku paling heran bila mana persatuan2 melayu melepak masa geng diorang ni berkumpul sambil menjerit kata2 nista kepada orang melayu, orang islam dan raja-raja...

    ReplyDelete